Kereta dihentikan betul - betul di hadapan rumah.Pintu pagar automatiknya terbuka.Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tahu tak!" Jeritnya
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka
pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang
sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak.
Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum
petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika
kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus.
Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan
tawa anak-anaknya.
“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak.
Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya
terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas.
Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau
tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di
hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu
jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
“Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat
kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.
Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu
suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin
peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih
kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu
malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,”
Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya
dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya
berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan
rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk
pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid.
Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia
tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di
fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya
itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan
pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak
seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”
“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil
tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa
papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul
memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak
makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah
pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati
langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin
sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan
?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain.
Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga
menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak
dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit
kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia
rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia
rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang
dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik
belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur.
Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang
bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan
minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya
tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah
di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat.
Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai.
Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik.
Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk
ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula
menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila
cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul
lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam
pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran
suaminya terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut
yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk
perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak
macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman.
Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di
matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak
cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang
bukan-bukan terhadap mereka.
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak
diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang
rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca
pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke
meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat
dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah
seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam
menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita
Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan
sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia
mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari
pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang
serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas
hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia
perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila
cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih
baik dari A.
“Laila”
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil
menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi
lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat
makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan
difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi.
Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan
bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah
pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana
sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu
dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu
lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff
yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan
sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja
hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas
kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak
tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu.
Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa
serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan
tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang
dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak
sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan
kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan
Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di
fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah.
Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan
menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri.
Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli
dengan perkelahian.
“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya
seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin
untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat
airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan
untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang
menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak
diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus
tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat
anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena.
Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan
berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik
air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di
mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.
Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka
dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan
satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang
bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi
anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….
*Moral of the story is
- Hargai apa yg ada dalam genggaan kita,tanpa kita
sedar merekalah yg melengkapkan kehidupan
kita,jangan dipersiakan ...
-Ikhlas-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum semua..
Allahumasollia'la Saiyidina Muhammad, Waa'laalihiwasohbihi Wassallim
Nak komenkan?
Komenlaa banyak-banyak
Nak murni ke..
Nak pedas ke..
Kerana komen anda mungkin bloh bagi motivasi pada saya..
Relaks and comment..